SEJARAH KG SERKAM, KG TERTUA
·
Kampung serkam adalah sebuah kampung
dikalangan yang tertua di Melaka dan selalu mendapat kunjungan pedagang Islam
dari Arab dan India. Mereka datang
berdagang dan mengembangkan ajaran Islam.
Kampung Serkam juga menjadi tempat persembunyian pahlawan-pahlawan dari
Palembang yang kalah berperang. Ini
menjadikan Kampung Serkam mempunyai banyak rahsia yang disimpan penduduk
sekitarnya.
PULAU BESAR KG PULAI, SERKAM
·
Jeti
Anjung Batu yang terletak di kampung Pulai, Serkam merupakan tempat pelabuhan
bot-bot penumpang yang membawa penumpang ke Pulau Besar. Di jeti ini terdapat
pelbagai kemudahan-kemudahan infrastruktur yang mana menjadi kemudahan dan
keselesaan para pengunjung yang datang. Disamping itu, Para pengunjung juga,
boleh menikmati keindahan dengan pemandangan Selat Melaka yang sungguh
mempersonakan.
JETI NELAYAN(IKAN BARU) SERKAM PANTAI
· Ia lebih dikenali oleh penduduk sekitarnya
dengan nama “Ikan Baru Naik”
Ini
kerana segala hasil tangkapan para nelayan akan terus dijual disini. Segala
hasil laut amat segar dan dijual dengan harga yang amat murah.
·
Penduduk setempat biasanya akan menunggu ikan
baru naik pada awal pagi dan senja petang.
MEDAN IKAN BAKAR SERKAM PANTAI
·
Adalah medan
atau perkampungan ikan bakar tertua di melaka, sebelum medan ikan bakar umbai
wujud. medan ikan bakar serkam sering dikunjungi oleh pelancong tidak kira dari
australia, sri lanka, thailand, singapore dan sebagainya. keenakan ikan bakar
nya berbeza berbanding medan ikan bakar yang lain, ini kerana ia menggunakan
kaedah pembakaran cara lama.
Nasi lemak adalah menu utama bagi pengunjung yang mengunjungi medan ikan bakar serkam. Medan ikan bakar serkam dibuka pada setiap hari dari jam 4.30 petang hingga 12.00 malam.
Kerajaan Negeri Melaka telah mempermosikan perniagaan makanan laut kepada pelancong, dan medan ikan bakar serkam adalah salah satu medan ikan bakar yang dipromosikan secara besar besaran.
Nasi lemak adalah menu utama bagi pengunjung yang mengunjungi medan ikan bakar serkam. Medan ikan bakar serkam dibuka pada setiap hari dari jam 4.30 petang hingga 12.00 malam.
Kerajaan Negeri Melaka telah mempermosikan perniagaan makanan laut kepada pelancong, dan medan ikan bakar serkam adalah salah satu medan ikan bakar yang dipromosikan secara besar besaran.
MAKAM TUN TEJA (SOLOK MENTEJA)
· Tun Teja atau
Tun Teja Retna Benggala adalah anak kepada Seri Amar Diraja, Bendahara Negeri
Pahang. Beliau sebenarnya tunangan Yang Dipertua Pahang, Sultan Abdul Jalil.
Mengikut Sejarah Melayu, Tun Teja telah dilarikan dari Negeri Pahang dan
diyakinkan oleh Hang Tuah untuk mengahwini Sultan Mahmud Shah. Hasil perkahwinan ini, baginda
telah dikurniakan Putera Amar Dewi. Semasa Sultan Mahmud Syah berundur
dari Melaka ke Bentayan (Muar) akibat serangan Portugis, Tun Teja mangkat dan
dimakamkan di sini dengan penuh kehormatan.
MASJID JAMEK KG SERKAM
· Menurut cerita dari orang tua2 bahawa masjid
yang mula-mula didirikan di Kampung Serkam ini iaitu sebuah masjid kecil yang
dibuat daripada kayu bertempat di tepi sawah berhampiran dengan Pekan
Serkam(Simpang Empat).
· Tatkala hendak meletakkan tapak masjid ini telah
menjadi perselisihan anak-anak kampung, setengahnya berkehendakkan masjid itu
disebelah timor sungai dan setengahnya berkehendakkan disebelah barat sungai.
Menurut pandangan Allah yarham Tuan Imam Hj Mohd Said bin Penghulu Marsah yang
terkenal dengan nama Tok Andak serta Tok Penghulu Amar, kedua-dua beliau tidak
bersetuju didirikan disebelah timor sungai kerana menurut beliau disebelah
barat sungai pada masa itu ada seorang tua yang menjadi guru agama yang ramai
bilangan murid2nya bernama Tuan Haji Hasan bin Hj Ab Aziz mungkin beliau akan
mendirikan sebuah masjid lain pula disoloknya ditakuti anak anak kampong akan
jadi berpuak-puak antara timur dan barat .Oleh sebab pandangannya munasabah,
maka anak anak kampung sebulat suara bersetuju meletakkan bangunan masjid ini
disebelah barat Sungai Serkam ditempat yang ada sekarang ini.
JETI
NELAYAN, MERLIMAU
·
Jeti nelayan inilah yang menjadi tempat
pelabuhan dan istirehat para para nelayan di sekitar kampung serkam pantai dan
merlimau pantai, para nelayan juga akan menjual terus hasil laut yang masih
segar kepada para penduduk setempat, kebanyakan
penduduk di sekitar kampung ini mencari rezeki dengan bekerja sebagai nelayan
memandangkan kawasan perkampungan dikelilingi dengan laut selat Melaka.
No comments:
Post a Comment