Preview

Gallery

RUMAH WARISAN MELAKA, KAMPUNG SERKAM TENGAH MERLIMAU.

Bahagian Luar Rumah

Rumah warisan Puan Rohana Hj Mohd Amin terletak di Kampung Serkam Tengah Merlimau, Melaka.


Bahagian hadapan rumah Puan Rohana yang berusia hampir 60 tahun.


Pandangan sisi tepi rumah yang dilengkapi dengan lanskap mini.


Hobi untuk mengisi masa lapang Puan Rohana telah menghasilkan mini lanskap ini.


Tangga batu yang begitu sinonim dengan rumah melaka.
Tangga batu ini peninggalan nenek Puan Rohana yang berusia 150 tahun.


Tangga batu dengan perincian batu marmar becorak bunga sebagai penyeri tangga.


 Pintu serambi yang diukir kemas.


Tingkap rumah Melaka yang sinonim dengan ukiran bunga, haiwan dan pelbagai bentuk.


Ukiran pada dinding atas tingkap yang berbentuk kipas.


Ukiran kayu pada tingkap rumah ini diukir bercirikan bunga ukiran Husin Muda.


Tingkap di sisi rumah yang dilengkapi kekisi besi berbentuk hati yang melambangkan kasih sayang.


Pagar kecil untuk laluan masuk dari sisi rumah. Ukiran batu bunga Tulip melambangkan cinta yang sempura.


Bumbung rumah berlapis. Beratap genting. Cucur atap kayu berukir berjurai ke bawah.


Di hujung perabung rumah, Timur Layar tertancap menegak ke atas dan ke bawah untuk mencantikkan lagi rumah.

Bahagian Dalam Rumah.

Kekisi kayu di serambi sebagai laluan angin yang masuk ke dalam rumah.


Mengikut kepercayaan tradisional kain putih yang diikat pada setiap tiang di dalam rumah atau dikenali sebagai 'Tepung Tawar' adalah sebagai semangat rumah atau pendinding.

Bahagian rumah ibu yang dilengkapi dengan perabot kayu.


Perabot usang yang berusia 100 tahun ini menyimpan pelbagai perhiasan kesayangan pemilik rumah ini.


Pak Cik Hussin menerangkan tentang ukiran pada dinding rumah.


Pintu masuk utama ini digantungkan langsir singkat ini kerana, semasa tetamu yang hadir melangkah masuk ke dalam rumah mereka akan kelihatan menundukkan sedikit kepala sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah.


Keistimewaan di setiap rumah warisan melaka adalah Tiang seri. Tiang Seri merupakan tiang adat. Berperanan sebagai tiang utama dan dipacak terlebih dahulu sebelum tiang-tiang lain.


Pintu ke ruang dalaman rumah.


Suiz lampu yang masih dikekalkan.


Kamar utama.


Tangga batu menuju ke ruang dapur.


Rak perkakas memasak yang masih dikekalkan. Ini adalah cara orang dahulu menyusun segala perkakas memasak di dapur mereka.

Saliran air berusia 60 tahun yang menggunakan saluran PVC.


Ruangan sisi rumah yang dilengkapi dengan perabut kayu.


Pintu kayu ini dikunci menggunakan selak.


Tangga batu di ruang sisi rumah.


Ruangan sisi rumah.

POTRET



Anak Puan Rohana mengambil gambar kenangan bersama Erra Fazira sewaktu pengambaran filem Soalnya Siapa di rumahnya.


Bersama Khatijah Tan yang juga membintangi filem Soalnya Siapa.


Bersama Afdlin Shauki yang membawa watak utama dalam filem Soalnya Siapa.


Rumah ini juga pernah digunakan sebagai latar belakang untuk sesi penggambaran sebuah majalah.


Rumah ini sesuai digunakan untuk penggambaran yang bertemakan hari raya.

No comments:

Post a Comment