Preview

History

Pada asalnya, ketika Puan Rohana mendapat rumah ini yang tinggal hanyalah tangga dan tandas sahaja. Tangga tersebut kini dianggarkan berusia dalam lingkungan 150 tahun. Kawasan rumah itu dipenuhi dengan pasir putih seperti pasir pantai. Pada masa itu pasir disekeliling rumah tersebut masih putih, tetapi dek dimakan masa dan pembangunan pasir tersebut telah bertukar kehitaman sedikit. Namun tekstur pasir tersebut masih lagi sangat halus hingga kini. Rumah warisan ini juga sangat popular dikalangan para artis. Telah banyak pengambaran dijalankan di rumah tersebut, antaranya Soal Hati lakonan Erra Fazira.

No comments:

Post a Comment